Saturday, January 8, 2011

Marilah kita sama-sama menjauhkan diri dari kelalaian...

Bismillahirrahmanirrahim...

Saye petik kata-kata ni dalam sebuah buku yg bertajuk "Jadilah wanita yg paling Bahagia"....


Berhati-hatilah terhadap kelalaian iaitu lupa dari berzikir kepada Allah s.w.t, meninggalkan solat, berpaling dari Al-Quran, serta meninggalkan pengajian dan majlis yg bermanfaat. Semua itu adalah penyebab kelalaian dan kelengahan. Hati akan menjadi keras dan terkunci sehingga tidak mampu lagi mengenali yg makruf, mengingkari yg mungkar dan tidak memahami agama. Mereka yang seperti itu akan memiliki hati yang resah, sedih, sengsara dan fikiran yg kusut. Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian di dunia. Cuba bayangkan bagaimana akibatnya di akhirat nanti.

Oleh itu, jauhkan dirimu dari sebab-sebab kelalaian itu. Jagalah hubungan kita dengan Allah. Basahilah bibir kite dengan selalu berzikir kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya atas segala dosa-dosa kita yg telah lalu serta membaca selawat kepada Rasulullah S.A.W di setiap waktu, baik dalam keadaan berdiri, duduk mahupun sedang berbaring. Dengan begitu, kita akan bertemu kebahagiaan yang meliputi hati. Itulah sebenarnya manfaat dari memperbanyakkan zikir.

".....Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Ra'd:Ayat 28)

Semoga kita semua dapat petunjuk dari Allah S.W.T....Amin..

No comments:

Post a Comment