Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yg anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda....
Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingati nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan...
Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan...
Bersendirian itu lebih baik daripada kawan yang jahat dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian...
Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t....
Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh.....
No comments:
Post a Comment