Friday, October 5, 2012

Ada Apa dengan Oktober

Assalamualaikum w.b.t ~~

Oktober adalah bulan "Pink" sedunia.  Aku tersangat-sangatlah suke pink. Eh, Takde kene mengene lansong.. HAHA.  Bukan, sebenarnya hari pink sedunia tu adalah hari Kesedaran Kanser Payu Dara di mana setiap wanita di seluruh negara perlulah mempunyai kesedaran tentang payu dara mereka dan pelbagai jenis promosi disediakan untuk saringan penyakit kanser payu dara.  Antara berani dengan tak je kepada orang wanita yang nk buat saringan tu.  Aku ni teringin jugak nak pegi check, tapi perasaan takot tu ada la jugak sikit-sikit.  Hospital tempat aku bekerja ni adalah buat promosi seperti Mammogram dan Ultrasound Breast. Tapi aku belum pasti lagi sama ada nak buat ataupon tak. HEHE. takotlah tu.  Oke ni adalah senarai harga promosi yang hospital aku tawarkan. :

Mammogram - RM80
Ultrasound Breast    - RM80
Mammogram + Ultrasound Breast - RM120

Murahkan? so jomlah cepat-cepat kite pegi saringan awal-awal supaya kite lebih tau tentang bahayanya penyakit kanser payu dara kepada para wanita.  Kalau tak pegi pon takpe, at least jom kita ramai-ramai support bulan "Pink" sedunia dengan berpakaian pink selama sebulan.  Tipulah tu kan.  Hehe. Oke tak, tak. At least seminggu sekali selama 4 kali dalam sebulan pon dah kira oke dah tu.  Selamat Beramal dan semoga kita semua dijauhkan dari penyakit-penyakit yg merbahaya seperti kanser payu dara.  Amin..~~



                                                                      Go Go Pink



p/s: siapa yang suke color pink tu mesti suke bulan ni..hehu.. :-)

Okbai~~



No comments:

Post a Comment