MEMILIKI KEKAYAAN HATI ADALAH SALAH SATU SIFAT CALON PENGHUNI SYURGA...
Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa bukanlah orang kaya itu yang banyak hartanya, tetapi orang kaya adalah orang yang kaya hatinya.
Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan jiwa, iaitu orang merasa cukup dengan apa yang dimiliki orang lain. Ia tidak berharap dengan apa yang dimiliki orang lain, baik berupa harta, takhta, mahupun wanita. Hatinya kurang memerlukan semua itu. Hal itu Nampak dalam sikapnya yang menganggap semua tiu rendah.
Tidak sedikit orang yang kelihatannya kaya, pada hal hatinya miskin, dan mengharap apa yang dimiliki orang lain. Inilah kefakiran yang sebenarnya. Betapa banyak orang yang Nampak fakir, tetapi hatinya merasa tenang bersama Allah dan merasa cukup dalam pandangan manusia. Inilah kaya yang sesungguhnya.
Pengaruh qanaah (merasa cukup) bagi seorang mukmin di antaranya: ia tidak akan memandang dan tenggelam atas kurnia Allah yang telah dilimpahkan kepadanya, yang berupa kenikmatan dunia. Ia akan meyakini bahawa rezeki akan selalu datang kepadanya.
Lalu, ia akan terlihat tenteram, tenang, dan tidak akan berlebih-lebihan dalam mencari kesibukan duniawi. Segala sesuatu akan diberikan rezekinya masing-masing. Bahkan Allah s.w.t memberikan juga rezeki kepada musuh-musuhNya, kepada penyembah sapi, matahari, api, dan lainnya, apa lagi kepada yang mengabdi kepada-Nya.
Pengaruh lainnya ialah zuhud terhadap dunia. Seorang mukmin mengosongkan hatinya daripada kecintaannya terhadap dunia. Ia tidak merasa senang menerimanya dan tidak bersedih jika kehilangan sesuatu.
Semoga kita semua mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.....
No comments:
Post a Comment